Friday, November 11, 2011

Terkenang semasa dulu....

Terkenang semasa dulu,

Belajar agama disekolah rendahku,

Satu hari satu waktu,

Satu waktu 30 minit je tuuu,

So, adalah 2.5 jam seminggu.



Terkenang semasa dulu,

Belajar alQuran dengan ustazahku,

Kayuh basikal BMX dalam gelap laju-laju,

Tajwid, makhraj kena perfect, tapi tak berlagu,

Itu pun 3 kali seminggu.



Terkenang semasa dulu,

Sambung belajar agama di sekolah orang2 melayu,

Takde banyak beza balik2 ulang tuuu..

Sirah, akhlak, shariah dan perkara fardhu

Cuma detail sikit dari kecik2 dulu,

Dan itupun.setakat 3.5 jam seminggu.



Terkenang semasa dulu,

Masih kat sekolah orang melayu tu,

Ada usrah, ada program anjuran BRU (Badan Revolusi Ugama)

Tapi most of the time aku buat tak tahu,

Sebab program (donia) lain pun banyak yang baru-baru,

Tak nak lah jadi bawah tempurung punya katak puru.



Terkenang semasa dulu,

Sambung pulak kat Institut Tolong Melayu,

Satu semester subjek agama mesti ada satu,

Belajar lebih mendalam sikit dari yang terdahulu,

Bab Munakahat Ustazah pun tersipu,

Niat di hati supaya CGPA dapat dibantu,

Bukan apa, tak susah sangat nak score subjek sebegitu.



Terkenang semasa dulu,

Ekonomi jatuh, kerajaan tak dpt nak bantu,

Sambung belajar di tanah melayu,

Tak merasa kehidupan di obesea punya U,

Kalau tak makin sesat hidup aku,

Yang asalnya memang dah keliru,

Dengan identiti, jatidiri dan halatuju,

Ada hikmah disebaliknya, aku setuju.



Terkenang semasa dulu,

Tak pernah perkara agama menjadi nombor satu,

Selalunya mesti perkara lain yang di pursue,

Hiburan, trend semasa, sukan, dan tak lupa carta lagu,

Agama? Mungkin sebab rasa aku dah tahu,

Berapa lama aku belajar? sejak dari darjah satu,

Sekarang, it's time for exploring the world infront of you,

Mula2 pakai buku, then pakai yahoo!



Terkenang kisah dulu,

Cukupkah segala ilmu?

Memadaikah setakat itu?

Bekalan untuk bertemu Yang Satu,

Untuk bekalan hidup berkarierku,

Berbelas tahun kudrat dipacu,


Namun bila pasal agamaMu

Lebih kurang, begini begitu,

Tiada komitment yang jitu,

Atau semangat yang padu,

Ibarat melepas batuk di tangga batu.



Zaman sudah berlalu,

Dulu muda sekarang dah kurang bulu (tua = botak?)

Masih samakah sikap macam dulu?

Tidak kah kita tersedu-sedu?

Mengimbau perangai lalu macam kutu?

Bila lagi nak tambah mutu?

Dalam perkara agama yang akan menjadi penentu,


Tambahkanlah usaha dan masa selagi ada waktu,

Bertaubatlah dan berhenti dari amalkan ISLAM yang baru,Yang moden, yang simple dan yang palsu,

Yang tidak tepat dan tidak tentu.

Cukuplah Tipah sahaja yang tertipu.



Zaman sekarang zaman baru,

Juga nampak macam zaman batu (pemandangan dari opis)

Bukan setakat bangunan pencakar langit biru,

Orang pun dah macam hantu,

Jangan tuding orang lagu itu,

Aku tengah cakap pasal aku,

Bangkitlah kita semua dari beradu,

Tak sedar yang sudah sampai waktu,

Kita dalami, kaji dan verify ilmu,

Jangan perjudikan nasib akhirat dengan ilmu darjah satu,

Semua dah baligh kena buat check point selalu,


Berdampinglah dengan ulama' dan orang yang tahu,

Agar usaha perbaiki diri kita Allah bantu,

Barulah dapat faham dan amal dengan padu!.



Zaman sekarang sedang kita lalu,

Masih ada nyawa dan masih terbukak taubat punye pintu,

Kita memerlukan ilmu,

Amalkan tanpa jemu,

Kembalilah kepada guru,

Hidayah dari Allah hendaklah kita rayu,

Taufik dariNya amat kita perlu,
Agar tidak hidup dalam keadaan buntu,

Agar mati nanti hanya jasad yang kaku,

Roh keluar tanpa rasa resah dan haru,


Ameen ya Allah ya Tuhanku!

2 comments: